Penjelasan Mudah bagi Bes Bes

Bes boleh dianggap sebagai lawan kimia bagi asid. Tindak balas antara asid dan bes adalah dipanggil peneutralan. Bes bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan air dan garam (bagi larutannya). Sifat-sifat bes termasuklah:

  • Rasa pahit (berlawanan dengan rasa masam oleh asid dan manis oleh aldehid dan keton)
  • Licin, melekit dan rasa seperti sabun pada jari
  • Kaustik pada benda organik, bertindak balas dengan cergas bersama bahan berasid atan bahan yang boleh diturunkan
  • Bes menukar kertas litmus merah menjadi biru

Bes adalah sedikit kurang likat berbanding air tulen, berasa pahit, dan rasa seperti sabun apabila disentuh. Ia bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam.